Assalamualaikum...
Keinginan yg masih belum di capai. aku nak berjalan ngan kawan2. insyaALLAH...
Ahad ni kita g jejalan ya. hahaha.. mari lah kita pergi hari2. haha..
Bosan melanda diri. sebelum sambung menelaah. dan sebelum kita nk menuntut ilmu yg penuh dgn kepadatan masa untuk tgk buku je mrilah kita sama2 mengenjoykan diri ke tempat yg boleh kta relaks dan enjoy. hihi..
Xthu nk update apa sgt. tibe2 mood nk update sbb hujan. idea xberapa nk ada tp nk menaip jugak.
Hari ni seperti biasa xda kemana dan jadual as usually anta n amik adik,mak n ayah. seperti biasa. xda perubahan.
Seronok je tgk kawan2 berjalan ngan pasangan masing2. bila la aku nk g honeymoon ngan bakal / calon suami. kah6. lawok je.
Calon pun xda lagi nyah..
Apatah lg nk berangan g honeymoon. berangan dlm mimpi je la.
Xda maknanya nk berjalan kalau pasangan xda.. hihi..
Semoga jodohku di pertemukan dengan cepat dan Allah memudahkan segala perjalanan pertemuan kami. InsyaAllah.
Saya mencari seorang suami bukan seorang yang tidak boleh membimbing saya. Saya ingin kan imam yg mampu membawa saya ke syurga. insyaALLAH...
Friday, 24 February 2012
Thursday, 16 February 2012
Masa seperti diulangi...
Assalamualaikum..
Sebenarnya tak tahu nk update apa untuk blog.. sbb xda wat pape pun untuk selama tempoh di singgah sana percutian sem ni. haha.. sbb xda duit nk berjaln so duk umah buat keje umah je la..
Bangun,Sidai kain, Basuh pinggan,Masak nasi,Masak(kadang-kadang)... angkat kain , and the most important thing...TENGOK TV... and online xberapa nak elergik sgt la. hahaha..
Pagi mendung so apa lg sedap la tidur bg kami ni warga yang sedang beristirehat di singgah sana percutian sem ni. haha.. sbb lepas ni xda masa dh nk rehat2. dah la result nk kuar beberapa hari lagi. mmg lagi bertambah gundah gulana la aku. mimpi pelik2 sudah dtg.. adat aku kalau result nk kuar.. tp xthu la mmg akan terpk xlepas. pttnya xleh cam tu.. kta kena truskan berdoa..
Hurm, tp aku cam dh pasrah je. hahaha.
Dah la aku buat macam2 luahan perasaan. mmg menggila la aku sblm ni... pndi2 je luah perasaan kan.. tapi salah ke kalau kita bgthu perasaan kita?
btw, pasal luahan perasaan ni nnt aku update lain ya. sbb buat masa ni masih lagi perlu di fikirkan. hihi.. selamat membaca. sbb xda sgt benda menarik yg nak di kongsikan. bosan2 ni la keje update xda gmbr. sorry guys.. sy masih beljr untuk menulis blog dgn baik. hihi...
wassalam..
Thursday, 2 February 2012
Permulaan February::
Assalamualaikum...
Alhamdulillah selesai sudah bulan january, bru hari ni berkesempatan nk menjenguk blog aku dh berhabuk ni...tiup sikit... fuhhhhh... haaa, bru boleh mulakan cerita. hehehe..
Maaf lah kpd yg suka membaca blog saya. ada ke?
kalau ada, alhamdulilah dan terima kasih. bukan xnk update blog, ni nk cite ni knp lama xupdate. hihi...
Bulan Januari adalah bulan paling sibuk sbb kalau diikutkan mmg lah permulaan tahun jadi macam2 lah kita nk settlekan kan. hihi. kalau org lain bz ngan anak nak masuk sek sy xdalah sibuk ngan tu, tp sy sibuk dengan FINAL EXAM. hahaha.. alhamdulillah selesai sudah final exam, skrg tgh bersantai di rumah. haha.
Paper sy bermula pada 4 hb january hari tu, kemudian tamat pada 17 hb januari. alhamdulillah sy berjaya jawab semuanya. skrg sy hny berserah dan tawakal pada Allah shj. kerana dia berhak untuk tentukn sejauh mana hasil sy patut dpt dengan segala usaha yg telah sy lakukan. insyaALLAH...
Alhamdulillah setelah selesai final, ptg tu kami (aku,ika,puteri,aei,aizat n amin) g ke kompleks bebas cukai.. beli coklat!! hihi..keesokkannya kami pulang pd pg hari. bertolak lepas kami amik bju korporat. dlm jam 11 jugaklah kami bertolak. kemudian kami terus ke ipoh dan singgahan pertama aku adalah umah mak lang, as usual. kalau aku dr teluk intan ke dr arau ke itu rumah wajib aku singgah umah mak cik aku.
Setelah smpi di teluk intan, dan 3 hari lg iaitu hari yg di nantikan dua org shbt karib aku since kecil. mcam kejap je dunia ni berputar, bru je aku terasa bermain badminton depan umah atuk aku masa cuti sek, terigt zaman berjalan di Jaya Jusco dan menonton wayang beramai-ramai.
Tanggal 23 January 2012, Nurul Jannah Atiqah binti Ismail telah melansungkan pertunangan dia dengan pililhan hati beliau. Aku tumpang gembira. beliau telah berjaya di cop dan berjaya di temukan dgn tunangannya. semoga selamat hingga ke jinjang pelamin dan terus smpi ke akhir hayat serta
bertemu semula di syurga, insyaALLAH...
![]() |
Ini pula gmbr coklat sedapnya. Aku nnt nk DAIM . hihi.. dengar tu. hihi...
Ini juga salah satu hntrn manisan. kalau xsilap la. manis semuanya..
Ini pulak kek hntrn dr pihak perempuan kepd pihak lelaki.. tema belah perempuan ialah purple..
Inilah tepak sirih yg menjadikan adat melayu masih dikekalkan. dekorasi menarik + simple namun masih tidak di lupakan tradisi dan adat melayu...
Alhamdulillah selesai sudah majlis pertunangan ini.. Bakal ibu mertua yg mewakili keluarga sebelah lelaki menyarungkan cincin di jari nurul Jannah Atiqah.. dia dh di cop ya. hihi...
Selesai sudah majlis 23 January masih kita beransur ke majlis untuk 24 January pulak. Setelah selsai bertunang ni majlis akad nikah pulak.. oppsss bukan org yg sama okay.. ini kakak sepupu nya pulak .. Iffah nabillah kamal binti abdullah sany.
Saat yg dinantikan.. Jam 11 pg mereka berada di masjid dan melafazkan ijab dan kabul.. Seorang hawa menantikan akad dan lafaz sakinan dr adamnya.. betapa bahagianya rasa setiap hawa yg mendegr lafaz sakinah dr adamnya..
Itulah En E.@ Izzat Ghazali sedang di temu bual dengan Daddy or uncle marzuki...
Saat yg mendebarkan oleh semua lelaki saat bersalaman dengan tok kadi. huhu.. tp alhamdulillah semuanya berjalan lancar dengan izinNya...
Alhamdulillah muka dan senyuman yg manis terpancar di wajah en e. seronok ya. mendengr khutbah nikah dr tok okadi.. saat nk hilangkan nervous tu tok kadi cite la best2. hihi...
Inilah wan nyah, en izzat, puan iffah dan opah tercinta kami semua, opah jah... selamat sudah seorang lg cucu kesayangan opah ..
Setiap yg dijadikan di muka bumi ni semuanya berpasangan, alhamdulillah mereka sudah jumpa pasangan dan sudah pun bertemu adam mereka dan tulang rusuk mereka yg dijanjikan Allah bahawa tulang rusuk mu sebelah lagi ada pd adam yg aku janji kan akan temukan kamu.. Cepat, Lambat, Sekarang, Esok.. Lusa kita tidak tahu.. Hanya yg mampu berdoa dan terus berdoa. kalau kita sudah jumpa bersyukur dan sentiasa bersyukur kerana kita sudah jumpa jodoh kita..
Bagi insan seperti aku, kita tidak perlu rasa diri ini jauh ketinggalan anggaplah bahawa kita belum mendapt keizinan dr Allah untuk bertemu dengan Adam kita. Usaha, Tawakal. Doa sentiasa mengiringi dan Allah sentiasa mendengar percayalah..
InsyaALLAH.. Jadi selesai sudah diari sy untuk kali ni dan hari ni. Semoga Iffah Nabillah Kamal bin Abdullah Sany berbahagia dan sentiasa tersenyum teruskan bahtera mu bersama suami tercinta, saudara Izzat Ghazali. Semoga segala kesukaran dan kesusahan, kepayahan pahit,getir di tempuhi bersama di alam yg baru. Kami sebagai sahabatmu sentiasa berdoa kebahagian kakakanda kami yg tercinta.. insyaALLAH..
Buat Nurul Jannah Atiqah Binti Ismail dan tunang, Hafiz... Selamat bertunang dan semoga berkekalan hendakNya. hihi.. xsabar nk makan nasi minyak dia pulak. hihi...
Alhamdulillah.. Wassalam...
Sunday, 8 January 2012
Sakit bila tahu kebenaran..
Assalamualaikum... Sakit bila kita suka org tu tp org tu xsuka kita...
Mmg kita kena terima. tp sakit sgt bila kita kena terima. Alhamdulillah aku telah bgthu dia.
lega itu ada tp sakit pulak yg aku kena tanggung.
tp inilah kenyataan yg aku kena terima kalau aku nk kan kebenaran dan kenyataan...
i can be tough , i can be strong,
But right now i wish you were here..
i don't want to let you go, i want you to know...
I miss u .. i want you.. i really like u...
Monday, 2 January 2012
Kronologi 2011...
Bismillah...
Tahun 2011 berlalu dengan begitu pantas. 12 bulan berlalu dengan begitu cepat dan segala yang di persoalkan sudah terungkai dan terjwb sudah.. Alhamdulillah..
Mana yg tidak baik itu kita terima seadanya kerana Dia merancang yg lebih baik untuk kita.
Mana yg kurang itu dtg dr diri kita sendiri dan mana yang lebih itu atas keizinan Allah dan usaha kita. alhamdulillah..
Januari 2011 - Birthday mak, Diploma sem akhir.
Februari 2011 - Meneruskan hidup dengan pelbagai dugaan walaupun saat ni aku keseorangan dan hanya Nadiah yg ada dkt ngan aku... Sedih...
March 2011 - masih meneruskan perjalanan hidup walaupun dlm keadaan duka. namun aku terima dgn tabah dan sabar..
April 2011 - Segala kekalutan selesai sudah alhamdulillah namun aku lebih selesa bersendirian... Final exam...
Mei 2011 - cuti duk umah membesarkan diri. haha..
Jun 2011 - Result akhir... ALHAMDULILLAH aku berjaya menamatkan diploma aku.. dan aku berjaya memberi sekurang-kurangnya segulung diploma untuk mak dan ayah aku...
July 2011 - Menjadi suri rumah sepenuh masa. hahaha.. anta adik2 and bertugas dan menjalankan tanggungjwb sbg seorang kakak.. Keputusan sambung degree keluar dan aku dpt ARAU... oh noo jauh seeehhhh..
Ogos 2011 - Menjalani ibadah puasa sepenuhnya di Teluk Intan..Seronok.. tp bukak pose xberapa lalu makan xthu kenapa. n berat turun 6kg dlm sejarah wooo.. hihi..
September 2011 - RAYA!!!! belum sempt puas beraya, raya ke 12 aku dh bergerak ke Arau untuk sambung degree level.. mmg xsyok la citenya kan.. hahaha... and the most important things, birthday aku la.. nk kwn2 serumah yg sambut ngan aku.. =) kenangan...
October 2011 - Meneruskan perjalanan di Arau , dan balik untuk KONVOKESYEN... aku konvo beb.. but untuk dip la. huhu.. jadilah.. merasa..
November 2011 - Cuti mid term n sambung balik kuliah dan kelas..
Disember 2011 - Bulan penghabisan dan aku kena pulun untuk teruskan perjuangan dlm final. mmg xcaye la kan. kejap je.. igt lg bru je masuk dip dulu. hihi...
Terasa diri muda seketika. hihi..
Perjalanan yang baru.. 2012...
Tahun 2011 sudah melabuhkan tirai.. Kini tahun 2012 pula mula mengembangkan sayap..
Aku harap segala yg berlaku di tahun 2011 akan menjadi kan aku lebih matang dan jauh lebih baik untuk tahun 2012.. Aku hanya manusia biasa yang hanya mampu melakukan yg terbaik dengan keizinan Allah.. Dia Maha Mengetahui dan Maha Merancang yang paling baik...
Setiap yg berlaku aku harap pasti ada hikmah. dan kesabaran itu penting kerana Allah syg orang yang sabar...
Hidup tanpa teman tidak menghalang aku untuk terus mengukir senyuman. Walaupun ada sedikit rasa cemburu melihat kwn2 yg ada pasangan namun aku cuba untuk tabah dan teruskan hidup tanpa insan bernama kekasih kerana aku percaya aku ada Kekasih aku sendiri..
Allah menjanjikan yg terbaik sekiranya kita berusaha untuk mendptkan yg terbaik.. Doa itu senjata paling kuat untuk umat islam...
Kejar apa yg mampu dulu Insyirah... insyaALLAH...
Demi mencapai hasrat murni dlm hati.. Usaha dan doa masa nya akan tiba..
Dengan restu Illahi insyaALLAH...
Saturday, 10 December 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)













