Friday 24 February 2012

Sudah Jatuh Bangkit semula~

Assalamualaikum...
Baru2 ni aku dpt result, mmg aku down sgt. xthu macam mana nk gmbrkan bila kita target x capai. mmg sgtlah kecewa. namun kata2 semangat di bawak membawa aku untuk teruskan perjuangan aku...

1. Orang yang paling berkuasa adalah orang yang dapat menguasai dirinya sendiri.
2. Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada.
3. Kegagalan ialah satu-satunya yang dapat diraih tanpa pengerahan tenaga sedikit pun.
4. Jika anda takut pada sesuatu, lihatlah & hadapilah.
5. Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa, kerana anda masih mempunyai masa depan.
6. Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan.
7. Tidak pernah wujud orang malas. Orang yang dianggap malas ialah orang yang tidak dapat mencari pekerjaan yang sesuai dengan minatnya.
8. Tidak penting sama ada berapa lama kita hidup. Yang penting bagaimana keadaan kita semasa hidup.
9. Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana.
10. Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.
11. Semangat yang kuat mampu mengatasi apa sahaja cabaran yang datang.
12. Selagi kita mencuba dan berusaha, selagi itulah kita akan beroleh apa yang kita hajati.
13. Anda tidak akan berasa penat sekiranya melakukan perkara yang anda suka.
14. Lombong emas dalam diri kamu adalah fikiran kamu. Kamu dapat menggalinya sedalam-dalamnya dan sepuas-puas yang kamu inginkan
15. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
16. Seseorang menganggap ujian sebagai batu penghalang, sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan.
17. Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.
18. Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul.
19. Gagal selepas usaha adalah hikmah, anda akan mendapat sesuatu yang lebih besar daripada apa yang anda sangkakan.

InsyaAllah segala apa yg kita inginkan kita akan dpt sekiranya kta terus berusaha. kerana Allah tidak akan tolong kita sekiranya kita tidak menolong diri kita sendiri. igtlah GAGAL sekali TIDAK bermakna kita gagal selamanya. Kegagalan itu mengajar kita erti untuk terus berusaha dan tidak mudah putus asa. igt tu..
Wassalam... 

nak berjalan..

Assalamualaikum...
Keinginan yg masih belum di capai. aku nak berjalan ngan kawan2. insyaALLAH...
Ahad ni kita g jejalan ya. hahaha.. mari lah kita pergi hari2. haha..
Bosan melanda diri. sebelum sambung menelaah. dan sebelum kita nk menuntut ilmu yg penuh dgn kepadatan masa untuk tgk buku je mrilah kita sama2 mengenjoykan diri ke tempat yg boleh kta relaks dan enjoy. hihi..
Xthu nk update apa sgt. tibe2 mood nk update sbb hujan. idea xberapa nk ada tp nk menaip jugak.
Hari ni seperti biasa xda kemana dan jadual as usually anta n amik adik,mak n ayah. seperti biasa. xda perubahan.
Seronok je tgk kawan2 berjalan ngan pasangan masing2. bila la aku nk g honeymoon ngan bakal / calon suami. kah6. lawok je.
Calon pun xda lagi nyah..
Apatah lg nk berangan g honeymoon. berangan dlm mimpi je la.
Xda maknanya nk berjalan kalau pasangan xda.. hihi..
Semoga jodohku di pertemukan dengan cepat dan Allah memudahkan segala perjalanan pertemuan kami. InsyaAllah.
Saya mencari seorang suami bukan seorang yang tidak boleh membimbing saya. Saya ingin kan imam yg mampu membawa saya ke syurga. insyaALLAH...

Thursday 16 February 2012

Masa seperti diulangi...

Assalamualaikum..
Sebenarnya tak tahu nk update apa untuk blog.. sbb xda wat pape pun untuk selama tempoh di singgah sana percutian sem ni. haha.. sbb xda duit nk berjaln so duk umah buat keje umah je la..
Bangun,Sidai kain, Basuh pinggan,Masak nasi,Masak(kadang-kadang)... angkat kain , and the most important thing...TENGOK TV... and online xberapa nak elergik sgt la. hahaha..
Pagi mendung so apa lg sedap la tidur bg kami ni warga yang sedang beristirehat di singgah sana percutian sem ni. haha.. sbb lepas ni xda masa dh nk rehat2. dah la result nk kuar beberapa hari lagi. mmg lagi bertambah gundah gulana la aku. mimpi pelik2 sudah dtg.. adat aku kalau result nk kuar.. tp xthu la mmg akan terpk xlepas. pttnya xleh cam tu.. kta kena truskan berdoa..
Hurm, tp aku cam dh pasrah je. hahaha.
Dah la aku buat macam2 luahan perasaan. mmg menggila la aku sblm ni... pndi2 je luah perasaan kan.. tapi salah ke kalau kita bgthu perasaan kita?
btw, pasal luahan perasaan ni nnt aku update lain ya. sbb buat masa ni masih lagi perlu di fikirkan. hihi.. selamat membaca. sbb xda sgt benda menarik yg nak di kongsikan. bosan2 ni la keje update xda gmbr. sorry guys.. sy masih beljr untuk menulis blog dgn baik. hihi...
wassalam..

Thursday 2 February 2012

Permulaan February::

Assalamualaikum...
Alhamdulillah selesai sudah bulan january, bru hari ni berkesempatan nk menjenguk blog aku dh berhabuk ni...tiup sikit... fuhhhhh... haaa, bru boleh mulakan cerita. hehehe..
Maaf lah kpd yg suka membaca blog saya. ada ke?
kalau ada, alhamdulilah dan terima kasih. bukan xnk update blog, ni nk cite ni knp lama xupdate. hihi...
Bulan Januari adalah bulan paling sibuk sbb kalau diikutkan mmg lah permulaan tahun jadi macam2 lah kita nk settlekan kan. hihi. kalau org lain bz ngan anak nak masuk sek sy xdalah sibuk ngan tu, tp sy sibuk dengan FINAL EXAM. hahaha.. alhamdulillah selesai sudah final exam, skrg tgh bersantai di rumah. haha.
Paper sy bermula pada 4 hb january hari tu, kemudian tamat pada 17 hb januari. alhamdulillah sy berjaya jawab semuanya. skrg sy hny berserah dan tawakal pada Allah shj. kerana dia berhak untuk tentukn sejauh mana hasil sy patut dpt dengan segala usaha yg telah sy lakukan. insyaALLAH...
Alhamdulillah setelah selesai final, ptg tu kami (aku,ika,puteri,aei,aizat n amin) g ke kompleks bebas cukai.. beli coklat!! hihi..keesokkannya kami pulang pd pg hari. bertolak lepas kami amik bju korporat. dlm jam 11 jugaklah kami bertolak. kemudian kami terus ke ipoh dan singgahan pertama aku adalah umah mak lang, as usual. kalau aku dr teluk intan ke dr arau ke itu rumah wajib aku singgah umah mak cik aku.
Setelah smpi di teluk intan, dan 3 hari lg iaitu hari yg di nantikan dua org shbt karib aku since kecil. mcam kejap je dunia ni berputar, bru je aku terasa bermain badminton depan umah atuk aku masa cuti sek, terigt zaman berjalan di Jaya Jusco dan menonton wayang beramai-ramai.
Tanggal 23 January 2012, Nurul Jannah Atiqah binti Ismail telah melansungkan pertunangan dia dengan pililhan hati beliau. Aku tumpang gembira. beliau telah berjaya di cop dan berjaya di temukan dgn tunangannya. semoga selamat hingga ke jinjang pelamin dan terus smpi ke akhir hayat serta
bertemu semula di syurga, insyaALLAH...

Inilah gmbr pelamin tiqah untk majlis pertunangan dia...
Ini pula gmbr coklat sedapnya. Aku nnt nk DAIM . hihi.. dengar tu. hihi...


Ini juga salah satu hntrn manisan. kalau xsilap la. manis semuanya..

Ini pulak kek hntrn dr pihak perempuan kepd pihak lelaki.. tema belah perempuan ialah purple..

Inilah tepak sirih yg menjadikan adat melayu masih dikekalkan. dekorasi menarik + simple namun masih tidak di lupakan tradisi dan adat melayu...

Alhamdulillah selesai sudah majlis pertunangan ini.. Bakal ibu mertua yg mewakili keluarga sebelah lelaki menyarungkan cincin di jari nurul Jannah Atiqah.. dia dh di cop ya. hihi...

Selesai sudah majlis 23 January masih kita beransur ke majlis untuk 24 January pulak. Setelah selsai bertunang ni majlis akad nikah pulak.. oppsss bukan org yg sama okay.. ini kakak sepupu  nya pulak .. Iffah nabillah kamal binti abdullah sany.
Saat yg dinantikan.. Jam 11 pg mereka berada di masjid dan melafazkan ijab dan kabul.. Seorang hawa menantikan akad dan lafaz sakinan dr adamnya.. betapa bahagianya rasa setiap hawa yg mendegr lafaz sakinah dr adamnya..
Itulah En E.@ Izzat Ghazali sedang di temu bual dengan Daddy or uncle marzuki...

Saat yg mendebarkan oleh semua lelaki saat bersalaman dengan tok kadi. huhu.. tp alhamdulillah semuanya berjalan lancar dengan izinNya...

Alhamdulillah muka dan senyuman yg manis terpancar di wajah en e. seronok ya. mendengr khutbah nikah dr tok okadi.. saat nk hilangkan nervous tu tok kadi cite la best2. hihi...

Inilah wan nyah, en izzat, puan iffah dan opah tercinta kami semua, opah jah... selamat sudah seorang lg cucu kesayangan opah ..

Setiap yg dijadikan di muka bumi ni semuanya berpasangan, alhamdulillah mereka sudah jumpa pasangan dan sudah pun bertemu adam mereka dan tulang rusuk mereka yg dijanjikan Allah bahawa tulang rusuk mu sebelah lagi ada pd adam yg aku janji kan akan temukan kamu.. Cepat, Lambat, Sekarang, Esok.. Lusa kita tidak tahu.. Hanya yg mampu berdoa dan terus berdoa. kalau kita sudah jumpa bersyukur dan sentiasa bersyukur kerana kita sudah jumpa jodoh kita..
Bagi insan seperti aku, kita tidak perlu rasa diri ini jauh ketinggalan anggaplah bahawa kita belum mendapt keizinan dr Allah untuk bertemu dengan Adam kita. Usaha, Tawakal. Doa sentiasa mengiringi dan Allah sentiasa mendengar percayalah..
InsyaALLAH.. Jadi selesai sudah diari sy untuk kali ni dan hari ni. Semoga Iffah Nabillah Kamal bin Abdullah Sany berbahagia dan sentiasa tersenyum teruskan bahtera mu bersama suami tercinta, saudara Izzat Ghazali. Semoga segala kesukaran dan kesusahan, kepayahan pahit,getir di tempuhi bersama di alam yg baru. Kami sebagai sahabatmu sentiasa berdoa kebahagian kakakanda kami yg tercinta.. insyaALLAH..
Buat Nurul Jannah Atiqah Binti Ismail dan tunang, Hafiz... Selamat bertunang dan semoga berkekalan hendakNya. hihi.. xsabar nk makan nasi minyak dia pulak. hihi...

Alhamdulillah.. Wassalam...