Friday 24 February 2012

Sudah Jatuh Bangkit semula~

Assalamualaikum...
Baru2 ni aku dpt result, mmg aku down sgt. xthu macam mana nk gmbrkan bila kita target x capai. mmg sgtlah kecewa. namun kata2 semangat di bawak membawa aku untuk teruskan perjuangan aku...

1. Orang yang paling berkuasa adalah orang yang dapat menguasai dirinya sendiri.
2. Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada.
3. Kegagalan ialah satu-satunya yang dapat diraih tanpa pengerahan tenaga sedikit pun.
4. Jika anda takut pada sesuatu, lihatlah & hadapilah.
5. Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa, kerana anda masih mempunyai masa depan.
6. Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan.
7. Tidak pernah wujud orang malas. Orang yang dianggap malas ialah orang yang tidak dapat mencari pekerjaan yang sesuai dengan minatnya.
8. Tidak penting sama ada berapa lama kita hidup. Yang penting bagaimana keadaan kita semasa hidup.
9. Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana.
10. Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.
11. Semangat yang kuat mampu mengatasi apa sahaja cabaran yang datang.
12. Selagi kita mencuba dan berusaha, selagi itulah kita akan beroleh apa yang kita hajati.
13. Anda tidak akan berasa penat sekiranya melakukan perkara yang anda suka.
14. Lombong emas dalam diri kamu adalah fikiran kamu. Kamu dapat menggalinya sedalam-dalamnya dan sepuas-puas yang kamu inginkan
15. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
16. Seseorang menganggap ujian sebagai batu penghalang, sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan.
17. Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.
18. Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul.
19. Gagal selepas usaha adalah hikmah, anda akan mendapat sesuatu yang lebih besar daripada apa yang anda sangkakan.

InsyaAllah segala apa yg kita inginkan kita akan dpt sekiranya kta terus berusaha. kerana Allah tidak akan tolong kita sekiranya kita tidak menolong diri kita sendiri. igtlah GAGAL sekali TIDAK bermakna kita gagal selamanya. Kegagalan itu mengajar kita erti untuk terus berusaha dan tidak mudah putus asa. igt tu..
Wassalam... 

2 comments:

  1. this is nice. boleh print then tampal kat dinding rumah. hehe. kata2 semangat. tiap2 pagi tgk semangat skit. ops, bukan pagi, tiap2 tgahri. (sbb baru bngkit tido that time) muahah

    ReplyDelete
  2. okay,nnt aku print nk tmpl kt bilik. kt almari. setiap hari kita tgk n semngt bru. wink**

    ReplyDelete