Saturday 31 March 2012

Pemergian mu....

Assalamualaikum..
Pemergian atuk yang tidak disangka sangatlah aku xduga... 
apatah lagi emak dan adik-beradik mak aku...
Kadang-kadang seminggu kita lihat dia sihat sahaja namun tidak kita sangka sekelip mata Allah leh amik nyawa kita...
Atuk pergi tanpa aku sangka... Dua minggu lepas aku baru pulang untuk melepaskan tension. maka itulah kali terakhir aku bersalaman dengan arwah.. 
Arwah banyak meniggalkan pesan sblm "pergi"... 
aku akan igt smpi bila2 pesanan arwah...
Pemergian atuk tanpa ku duga... 
AKU SAYANGKAN ARWAH... 
tempat arwah tiada dalang gantinya..
Siapa lagi nk panggil namaku..."FATIN..."
AKU masih belum boleh reda untuk menerima pemergian atukku...
namun aku harus menerima  March pemergian beliau...
Tanggal 28 March 2012, jam 3.30 petang, atuk ku menghembuskan nafas beliau yg terkahir...
di sebuah klinik kerajaan di ipoh di wad kecemasan..
arwah di katakan meninggal kerana sakit tua..
BUKAN kerana faktor lain...
Jangan menuduh sesuatu yang tidak pasti...
Aku rasa kali ni setakat ini sahajalah aku punya cerita..
kali ni aku update kisah sedih...
ingin berkongsi itu sahaja niatku..
Wassalam...

Sunday 25 March 2012

TENTANG RASA - ASTRID ( with lyrics)


Lagu ini khas ditujukan untuk diri sendiri.. inilah akibat cinta bila di pendam...
si dia tidak dpt menerima.. namun kita sudah beritahu.. maka hajat kita sudah lepas..
JIKA si dia tak leh terima tidak mengapa.. kita hanya boleh...
=)

Mimpi di Hari Ahad...

Assalamualaikum...
Hari ini tanggal 25 hb March 2012... Sekejap sgt masa berlalu.. sudah hampir ke penghujung bulan March.. Maka MARCH bakal melabuhkan tirai dan APRIL bakal membuka nota baru buat semua manusia.. 

Hari ni aku nk kongsi sesuatu.. Kehidupan di tmpt org kadang2 mengajar kita untuk bersyukur hidup di tempat asal kita.. mmg seronok merantau melihat kehidupan, suasana, corak pergaulan dan cara tatatertib manusia di sini.. Maksud aku disini ialah, Aku merantau untuk menuntut ilmu.. pelbagai kerenah,budaya dan sikap manusia aku lihat di tempat orang kini. ini bru sikit.. 
Ini salah satu contoh aku xthu la sape yg parking sesuka hati cam ni kan.. men parking je. igt parking ni dia byr sorang kot untk cukai jalan.. dh elok2 org buat slot parking tu untuk muatkan kereta tu, tp boleh plak parking sesuka hati... adooiiii...

Ini lagi satu kejadian... men belasah je parking smpi kuar ke jalan.. tahu lah nk cepat g beli nombor ekor ke apa ke.. tp pk la sama.. org nk lalu.. kang langgar belakang kang mintak plak bayo saman bagai nak naik court la kan...
Hish,manusia2.. macam2 ragam... 

Hari ni hari ahad.. aku rasa cam lama plak cuti kan.. tapi apa yg aku cakap kan kat sini... lama n panas.. Arau skrg sgtlah panas.. aku xtahu lah kenapa.. terasa cam duk kt afrika.. mandi tgh2 malam pun air masih terasa panas.. dasyat la.. 

Disebabkan cuaca terlalu panas.. aku smpi termimpi2... nak tahu aku mimpi sape... ni haa kat bawah ni aku mimpi si dia..

dasyatlh kan... smpi termimpi2.. aku xigt pun kt dia. nk kata dia igt kt aku, kenal pun tk, dia thu ke aku? haha.. 
ke jodoh aku ngan artis??
berangan nyahhhh... 
hurm,aku rasa hr ni takat ni je apa yg aku nk share.. sbb ngah2 update laptop off.. bateri habis n idea pun off.. hihi...
wassalam...

Friday 23 March 2012

Kepulangan ke medan belajar..

Assalamualaikum... 
Maaf sgt sbb lama xupdate blog... kebzkan melanda diri. hihi...
Alhamdulillah minggu lepas saya,aeisyah,puteri n atikah telah pulang ke kampung halaman..
wah ayat macam tulisan dlm krgn bahasa melayu la plak kan.. hihi..
Amik kesempatan untk pulang minggu lepas atas 2 tujuan..:
1) Amik Roadtax yg dh mati pada 18 mac. nasib sempat amik. hihi. * boleh je pos.. tp gedik jugak nk balik.. 3 hari cuti apa lg.. sape leh buat. hihi..
2) nk balik jmp sedara.. rindu sama mereka. semoga ikatan kekeluargaan akan tetap utuh dan kukuh selamanya..
Pada hari ahad, kami bergerak pulang ke destinasi di mana kami menutut ilmu..jauh perjalanan luas pemandangan.. seperti gmbr kt bawah ni.. just imagine.. I`M IN LONDON YOOO...
 Inilah saya di kota London.. *berangan nk smpi ke sana. tp xthu bila. wait for me untuk kumpul duit la. sedangkan nk ke Langkawi pun tersedak nk kumpul rm200. hahaha.. insyaALLAH nk seribu daya. betul tk?
Ini gmbr masa kami singgah di Penang. di Padang Kota Lama. hihi.. 
pemandangan belakang memgmbrkn kota london di Malaysia..hihi.. 
ini pulak gmbr Mira,Aei,Put n me.. di USM.. saje singgah melawat mira. mmg best la kan.. satu bilik 2 org and bilik dia sgt besar cam master bedroom kot. huhu..
Thanks kredit to nur atikah sbb amik gmbr kami.. nk upload gmbr lain xamik lg dlm fb. kemalasan melanda diri ini hahaha..
Semoga dengan kehadiran kami melawat mira menaikkan semangt dia nk bljr n igt kat kami. hihi.. 
poyo je bg nasihat kt org kan.. aku ni tonggang terbalik dlm kampus. hahaha..
Harap sume have fun to read my blog. 
* alasan lama xbukak blog sbnrnya... XIGT PASSWORD.. hihi..
setelah bermimpi dan berusaha maka berjaya jua untuk bukak blog ni..
Wassalam...

Friday 2 March 2012

Hati Masih Bertanya...

 ASSALAMUALAIKUM...
hati dan perasaan mmg sukar untuk menipu diri..
Aku masih mencari kah atau sudah jumpa dengan insan yang boleh menyayangi aku?
siapa dia?
aku tahu atau aku sendiri tidak sedar dia ada dkt ngan aku?

 Istilah TRUE LOVE merungkai segalanya. Bagaimana kita nk tahu dia adalah ADAM buat kita? macam mana kita nak tahu, dia adalah insan yg sebenarnya allah jnjkan untuk kita untuk membimbing kita?
Adakah aku masih mencari atau ADAM itu sememangnya sudah ada dkt ngan aku cuma aku sahaja yang tidak sedar dlm anganku?

 Ya Allah, aku JATUH cinta! Aku cintakan Allah.. Aku cintakan Rasul2 ku. Aku syg dan cinta mak dan ayah aku.. Aku juga cinta si Dia.
Sape ya? haaaa, mesti menjadi tanda tanya kan? hurm... Aku pun masih memikirkan sama ada si dia mmg adalah untuk aku yg Allah tentukan atau bukan. Allah ada kata jodoh kita xjauh org dekat je.. ye ke? xsemestinya la.. tgk abg depan umah aku ni, elok je dua2 adik beradik kahwin ngan org Kelantan. dekat ke? xkan.. selain tu, abg long ipoh, kahwin ngan org Terengganu.. Kak nabillah pun kahwin ngan org Terengganu. so, xsemestinya jodoh kita yg dekat and depan mata..
Aku kenal dia sebagai kawan since 4tahun lalu.. macam2 dugaan nk jumpa. tp tu la. seberat mana dugaan kalau dlm perhubungan.. kuatlah jodohnya. betui ke? hurm... semoga Allah meringankan dan membantu diri ku dan dia dlm menghadapi dugaan yg berat ni..
Apa yang membuat aku fobia sikit ialah perkenalan yg lama..
Sebelum ni pun aku ada kenal ngan seorang selama 6tahun, namun perhubungan kami terkandas di pertengahan jalan setelah si lelaki bernikah dgn si jelita yg lain. Lain yang di bawa pulang,lain pula yg dinikahi. Tak tahu la, aku anggap je xda jodoh. bercinta bagai nk rak, kenal bagai nk pulun untuk kenal hati budi, perkenalan yg lama x semestinya akan bawa ke jinjang pelamin itu contoh dh jd pd aku..huhu..
Nak bagitahu pada mak, aku masih belajar so, biarlah dulu. biar kami terus kenal. kalau lepas ni aku sambung belajar lg xthu la. hahaha. mmg menjanggutla kot dia nk tunggu aku.
Seru dah smpi atau tidak?
Siapa tahu?
Aku fikir, seru mmg akan dtg. Aku anak sulung,fikir tanggungjawab pula. huhu..
berat ni... hahaha..
oklah,smpi sini dulu slot akasia percintaan aku.. nntkan episod luahan akasia lepas ni pulak. hihi..
InsyaALLAH ada jodoh xkemana...
Wassalam..

Pengakhiran Feb Permulaan Mac....

Assalamualaikum...
Alhamdulillah hari ni aku bernafas lg di penghulu hari. Terima Kasih Allah.
Walaupun hati ni seronok dpt berjalan kt kl kelmarin, namun hati ni berat sangat nk balik ke arau. xtahu la kenapa. ada sesuatu yg tidak elokkah.. sesuatu yg aku xingin kan terjadi. pelik. huhu.. jgn bersangka tidak baik Insyirah.. istighfar banyak2..
Nak sgt berjalan aku jalan la sudahnya jugak hari rabu lepas. Tapi ada kejadian yg tidak di ingini berlaku juga. saat aku nk relaks lepas tension,time tu la macam2 terjadi. huhu.. sedih sgt. masa aku otw nk ke kl, ada seekor binatang dtg dr mana tah tibe2 melintas, lari laju tp xlepas kete aku, langgar la hbs body depan kete Myvi.. jenuh.. nervous..fobia sume ada...
lepas dh selesai anta kereta sume... aku bawak kelisa juga akhirnya. huhu.. kul 2 aku tiba di sana.
dup dap dup dap.. kenapa ya. hahaha..
jejalan la apa lg. merayap.. bertembung plak ngan team Let Tour De Langkawi... jenuh.. nasib la aku sabo. kalau x mmg aku langgo sume.. hahaha..
nasib sume penunggang tu sume hensem2 kan. haha..  hurm, alhamdulillah semalam jugak aku selamat smpi ke teluk intan. pejam2 celik2.. hari ni dh jumaat. esok sabtu. then ahad. kelas mula hari isnin. oh no..
Betapa beratnya hati ni nk balik ke arau. huhu. kenapa ya. tp igt insyirah pergi menutut ilmu sejauh mana sekali pun... tuntutlah ilmu yg bermanfaat di mana yg boleh kau bawa ke akhirat kelak. insyaALLAH...biasalah dh sebulan melekat kt umah nk balik sana berat le. nasib amik intersesi kalau tk jenuh aku. lagi malas nk balik sana. huhu..
Aku rasa setakat ini dahulu aku punya cerita untuk kali ni... sebelum aku berangkat pulang ke tmpt aku menuntut ilmu. huhu..
Wassalam...

Friday 24 February 2012

Sudah Jatuh Bangkit semula~

Assalamualaikum...
Baru2 ni aku dpt result, mmg aku down sgt. xthu macam mana nk gmbrkan bila kita target x capai. mmg sgtlah kecewa. namun kata2 semangat di bawak membawa aku untuk teruskan perjuangan aku...

1. Orang yang paling berkuasa adalah orang yang dapat menguasai dirinya sendiri.
2. Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada.
3. Kegagalan ialah satu-satunya yang dapat diraih tanpa pengerahan tenaga sedikit pun.
4. Jika anda takut pada sesuatu, lihatlah & hadapilah.
5. Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa, kerana anda masih mempunyai masa depan.
6. Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan.
7. Tidak pernah wujud orang malas. Orang yang dianggap malas ialah orang yang tidak dapat mencari pekerjaan yang sesuai dengan minatnya.
8. Tidak penting sama ada berapa lama kita hidup. Yang penting bagaimana keadaan kita semasa hidup.
9. Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana.
10. Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.
11. Semangat yang kuat mampu mengatasi apa sahaja cabaran yang datang.
12. Selagi kita mencuba dan berusaha, selagi itulah kita akan beroleh apa yang kita hajati.
13. Anda tidak akan berasa penat sekiranya melakukan perkara yang anda suka.
14. Lombong emas dalam diri kamu adalah fikiran kamu. Kamu dapat menggalinya sedalam-dalamnya dan sepuas-puas yang kamu inginkan
15. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
16. Seseorang menganggap ujian sebagai batu penghalang, sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan.
17. Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.
18. Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul.
19. Gagal selepas usaha adalah hikmah, anda akan mendapat sesuatu yang lebih besar daripada apa yang anda sangkakan.

InsyaAllah segala apa yg kita inginkan kita akan dpt sekiranya kta terus berusaha. kerana Allah tidak akan tolong kita sekiranya kita tidak menolong diri kita sendiri. igtlah GAGAL sekali TIDAK bermakna kita gagal selamanya. Kegagalan itu mengajar kita erti untuk terus berusaha dan tidak mudah putus asa. igt tu..
Wassalam...