Friday 2 March 2012

Hati Masih Bertanya...

 ASSALAMUALAIKUM...
hati dan perasaan mmg sukar untuk menipu diri..
Aku masih mencari kah atau sudah jumpa dengan insan yang boleh menyayangi aku?
siapa dia?
aku tahu atau aku sendiri tidak sedar dia ada dkt ngan aku?

 Istilah TRUE LOVE merungkai segalanya. Bagaimana kita nk tahu dia adalah ADAM buat kita? macam mana kita nak tahu, dia adalah insan yg sebenarnya allah jnjkan untuk kita untuk membimbing kita?
Adakah aku masih mencari atau ADAM itu sememangnya sudah ada dkt ngan aku cuma aku sahaja yang tidak sedar dlm anganku?

 Ya Allah, aku JATUH cinta! Aku cintakan Allah.. Aku cintakan Rasul2 ku. Aku syg dan cinta mak dan ayah aku.. Aku juga cinta si Dia.
Sape ya? haaaa, mesti menjadi tanda tanya kan? hurm... Aku pun masih memikirkan sama ada si dia mmg adalah untuk aku yg Allah tentukan atau bukan. Allah ada kata jodoh kita xjauh org dekat je.. ye ke? xsemestinya la.. tgk abg depan umah aku ni, elok je dua2 adik beradik kahwin ngan org Kelantan. dekat ke? xkan.. selain tu, abg long ipoh, kahwin ngan org Terengganu.. Kak nabillah pun kahwin ngan org Terengganu. so, xsemestinya jodoh kita yg dekat and depan mata..
Aku kenal dia sebagai kawan since 4tahun lalu.. macam2 dugaan nk jumpa. tp tu la. seberat mana dugaan kalau dlm perhubungan.. kuatlah jodohnya. betui ke? hurm... semoga Allah meringankan dan membantu diri ku dan dia dlm menghadapi dugaan yg berat ni..
Apa yang membuat aku fobia sikit ialah perkenalan yg lama..
Sebelum ni pun aku ada kenal ngan seorang selama 6tahun, namun perhubungan kami terkandas di pertengahan jalan setelah si lelaki bernikah dgn si jelita yg lain. Lain yang di bawa pulang,lain pula yg dinikahi. Tak tahu la, aku anggap je xda jodoh. bercinta bagai nk rak, kenal bagai nk pulun untuk kenal hati budi, perkenalan yg lama x semestinya akan bawa ke jinjang pelamin itu contoh dh jd pd aku..huhu..
Nak bagitahu pada mak, aku masih belajar so, biarlah dulu. biar kami terus kenal. kalau lepas ni aku sambung belajar lg xthu la. hahaha. mmg menjanggutla kot dia nk tunggu aku.
Seru dah smpi atau tidak?
Siapa tahu?
Aku fikir, seru mmg akan dtg. Aku anak sulung,fikir tanggungjawab pula. huhu..
berat ni... hahaha..
oklah,smpi sini dulu slot akasia percintaan aku.. nntkan episod luahan akasia lepas ni pulak. hihi..
InsyaALLAH ada jodoh xkemana...
Wassalam..

No comments:

Post a Comment